Ibu Saya Tak Ada Duit Nak Beli Stokin Putih Cikgu, Ini Pun Ibu Saya...


Luluh hati ini takkala membaca kisah yang ditulis oleh seorang guru bernama Cikgu Kasma yang menceritakan kisah seorang muridnya bernama Fatihah mengenai perbualannya bersama murid tersebut.

Perbualan tersebut lebih kepada mengisahkan kehidupan keluarga adik Fatihah yang diibaratkan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Kisah kedaifan keluarga adik Fatihah ini diketahui hanya selepas Cikgu Kasma bertanya mengenai warna stokin yang dipakai beliau di mana ianya bewarna merah.

Cikgu berkenaan susah pasti bertanya kerana berdasarkan buku disiplin atau undang-undang di sekolah murid biasa perlu memakai stokin bewarna putih.

Kerana pertanyaan itulah segalanya terjawab, luluh hati ini kerana stokin berkenaan bukanlah dibeli tetapi hanya pemberian orang ramai kerana hendak beli stokin putih pun ibu bapanya tidak mampu.

Berikut adalah cerita yang dikongsikan oleh Cikgu Kasma di laman Facebooknya..

Tak pasal-pasal mata masuk habuk. Ceritanya begini…. Dalam kelas, sedang buat ujian lisan. Panggil seorang-seorang murid. Giliran anak murid yang namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan. Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu.

Dialog antara kami seperti berikut…

Cikgu: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yang berwarna putih.

Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.

Cikgu: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?

Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.

Cikgu: Rebut-rebut? Di mana? ( perasaan ingin tau semakin tggi, maka soalan ku lanjutkan)

Cikgu: Ayah awak tak kerja ke?

Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.

Cikgu: Ayah kerja di mana?

Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)

Cikgu: Pergi sekolah bawa duit tak?

Fatihah: Bawa, seringgit.

Cikgu: Mana ibu dapat duit?

Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit. ( Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya)

Cikgu: Di rumah selalu makan apa?

Fatihah: Makan sayur.

Cikgu: Dapat dari mana?

Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.

Cikgu: Lauk pula?

Cikgu: Ayah mancing di lombong.

Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.

Cikgu: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?

Fatihah: *hanya sekadar mengangguk

Cikguz: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai.

Semoga kisah adik Fatihah ini memberi kita sedikit keinsafan dalam diri kita semua agar sentiasa mensyukuri nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Jenazah Seorang Wanita Cantik Yang di Tolak Bumi, Meraba Melakukan...

Jenazah Seorang Wanita Cantik Yang di Tolak Bumi, Meraba Melakukan...

kisah1

Sebuah kejadian yang tak biasa terjadi dalam proses pemakaman.

Seorang wanita yang berasal dari sebuah daerah di Malaysia yang sangat sulit saat hendak dimasukkan ke dalam liang lahat.

Kisahnya berawal saat sejumlah warga mengantarkan jenazah yang telah dimasukkan ke dalam keranda.

Meski telah diangkat oleh enam orang pria dewasa dengan formasi dua di depan dua di tengah dan dua dibelakang, tapi keranda itu masih terasa sangat berat.

Sehingga ditambah dua orang pria untuk membantu menangkat keranda dan akhirnya keranda itu pun bisa dibawa ke Tempat Pemakaman Umum (TPU).

Setelah jenazah sampai di TPU terjadi sedikit masalah saat hujan turun yang membuat tanah menjadi licin dan beberapa warga sempat tergelincir.

Sepanjang proses pemakaman, kuburan dipenuhi isak tangis keluarga dan sanak saudara.

Si penggali kuburan yang berusia 50 tahun sudah melakukan pekerjaan itu selama 20 tahun dan sudah sangat berpengalaman dalam menentukan lokasi dan ukuran jenazah yang akan dimasukkan dalam liang lahat.

Allohu Akbar! Allohu Akbar! Allohu Akbar! ! kata-kata itu keluar dari mulut hampir semua yang hadir dalam pemakaman tersebut setelah satu kejadian aneh terjadi.

Jenazah wanita yang diketahu bernama Simati sudah 3 kali dimasukkan dalam liang lahat namun tidak muat, padahal si penggali kubur sudah melebarkan dua kali dari ukuran asli.

Setelah gagal dalam hal tersebut seorang ustaz menyuruh anggota keluarga untuk azan dipengebumian itu.

Dan barulah jenazah selamat dimakamkan.

Sejumlah laporan menyebut... kalau kejadian itu benar terjadi di sebuah desa di Negeri Jiran pada tahun 2010.

Menurut tetangga simayat, almarhumah adalah wanita yang suka mengumpat serta memfitnah tanpa bukti, dan almarhumah juga tidak pernah menutup auratnya selama hidup, dia suka memakai pakaian seksi menampilkan bentuk tubuhnya.

“Kami sebagai tetangga pernah menegur kelakuannya itu, namun kami di caci maki serta dilempari dengan sepatu lantaran dia lebih kaya dari kami,”ungkapnya…

Jadikan ini pelajaran bagi kita agar kita tak menjadi umat seperti ini. silahkan share jika menganggap ini penting dan wajib dibaca banyak orang. semoga bermanfaat.

Akibat Terlalu SETIA, Isteri Rebah, Diceraikan TALAK 3 Serta-merta Oleh Suami.


Malam.

Isteri mencedukkan nasi ke pinggan suaminya.
Masing-masing tidak bersuara. Diam membisu seribu bahasa.
Memang begitu. Dah tiga bulan suasananya begitu.

Dingin. Tegang.

Hari itu, nampaknya lebih dingin dari biasanya. Hujan renyai-renyai menambahkan kedinginan.

Dingin dalam dua hati.

"Hari ni, hari last kita makan sama-sama."

Si suami berhenti makan. Basuh tangan.

"Sebab?" Isteri berkerut kening.

"Hari ini, abang lepaskan kamu dengan talak satu."

Isterinya itu terus kelu. Baru saja dijamahnya sedikit nasi. Suku pinggan pun belum. Dari tadi menanti suaminya pulang dari kerja. Lewat pula tu.

"Dah lima tahun kita kahwin. Awak faham dengan jelas, kita masih tak ada anak. Abang dah bosan.

Bosan menanti. Awak asyik sakit perut, senggugut kuat, masalah dalam peranakan dan macam-macam lagi. Sampai bila nak berubat?

Abang dah give up.

Abang tak nak poligami. Jadi, ini adalah keputusan terbaik untuk kita berdua."

Si isteri yang sudah jadi bekas isteri dalam sekali lafaz hanya terkedu. Menitiskan air mata.

"Abang, terima kasih atas segalanya. Terima kasih sudi sayang saya selama kita bersama. Jaga saya dengan baik. Maafkan saya tak mampu bahagiakan abang dengan zuriat....maafkan saya, tak sempat pun nak salam tangan abang buat kali terakhir sebagai isteri yang sah.."

Tak mampu dihabiskan kata-kata.

Diganti dengan deraian air mata.

Keesokan hari, mantan isteri dihantar pulang ke rumah keluarganya.

Bekas mertuanya menanti dengan tenang. Tidak marah sedikit pun. Dibiarkan saja bekas suami anaknya itu berlalu pergi dari penglihatannya.

"Jangan sedih. Ayah masih ada. Seandainya semua lelaki dalam dunia ini tak dapat jaga kamu, ayah tetap akan bela kamu sampai ke akhir nyawa. Meski kamu sakit pedih, cacat cela, buruk hodoh sekalipun, ayah tidak akan merasa jijik sedikit atau terbeban langsung dengan kamu.

Ini ujian kehidupan. Masa kamu remaja dulu, kamu fikir hidup berumahtangga itulah suatu kebahagiaan abadi. Namun, sekarang kamu mengerti.

Rumahtangga itu penuh ujian. Mereka yang tidak berumahtangga tidak akan memahami sehinggalah mereka melalui. Ayah percaya, kamu sekarang lebih matang menilai kehidupan.

Akhirat jualah bahagia berkekalan."
Ayah tua itu berkata-kata. Walau dia tahu, kata-katanya tidak mampu meredakan seluruh kecamuk perasaan.
Si anaknya itu cuma mampu memeluk ayah tuanya penuh tangis dan sendu. Dalam dunia yang penuh kejam, ayah sendiri jua yang masih punya hati.
***
Bekas suami tiba di rumah.
Kosong. Sunyi.
Tiada lagi wajah yang selalu dimarahinya. Dihinanya. Diperlinya tiap ketika.
Dibuka pintu bilik. Ada kotak di atas katilnya. Label,
"Untuk suami tercinta."

Dikuaknya daun kotak. Diteliti satu persatu isi kotak.
Air matanya mengalir sendiri. Tak mampu ditahan lagi.
Dalam kotak, terisi penuh baju bayi. Stoking tangan dan kaki. Sweater. Penutup kepala.

"Abang, sejak awal kita nikah sampailah tahun ni, saya kaitkan semua ini untuk anak kita. Meski tak pasti bila saatnya, tapi saya percaya Allah akan makbulkan jua. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Abang,

Setahun yang lalu, saya dengan tidak sengaja membelek fon abang. Masa tu abang tengah tidur. Allah gerakkan hati saya untuk melihat ke Whatsapp abang.
Masa tu, hati saya hancur. Bila tahu, bila lihat, abang mencari yang lain. Bukan itu saja, abang tidak mengaku saya sebagai isteri.
Abang bilang abang tidak pernah cintai diri ini.

Malahan, pelbagai kata yang tidak baik abang lemparkan pada saya. Sedangkan demi Tuhan, saya sanjung abang sebagai suami sikit pun tidak terusik hati ini untuk tidak setia. Untuk tidak hargai abang.

Saya hargai penat lelah pengorbanan abang selama ini untuk menyara saya yang tak dapat berikan zuriat pada abang. Tapi, mengertilah, bukankah itu kerja Allah? Bukan kemahuan saya, tapi kehendak Allah? Sungguh, saya mahu jadi seorang ibu. Sumpah, hati ini lagi sedih melebihi kecewanya hati abang.
Abang tidak cuma sakiti hati saya, tapi abang lawan takdir Allah. Abang tak terima Qada' Qadar-Nya.

Sedangkan Allah sedang menguji. Bukannya menghukum. Siapa yang bersyukur, siapa yang sabar, siapa yang cari-Nya, siapa yang nak jadi hamba-Nya, dan siapa yang nak tuntun tangan isteri bersama-sama ke Syurga.

Apakah tidak bahagia rumahtangga itu andai cuma ada kita berdua? Bagi saya, sudah cukup Allah bagi saya seorang suami. Saya tak layak minta lebih dari Allah. Ini saja sudah cukup membahagiakan hati. Itu yang saya fikir. Itu pendirian saya.

Saya diam sebab saya sayang abang sepenuh hati. Saya tak mengadu pada sesiapa agar abang tidak mempunyai isteri yang nusyuz. Saya tak mengadu di page rumahtangga membuka pekong sendiri, berbuat dosa. Saya hanya ada Allah di sisi.

Semuanya sudah saya tahu.
Tiada apa lagi abang perlu sorokkan atau nafikan. Di sudut hati, berharap abang kembali ke sisi diri. Menunggu cinta tulus abang. Siang dan malam doa yang sama saya panjatkan.
Tapi, saya terus dilupa.

Moga abang bahagia dengan pengganti saya. Sikit pun saya tak dendam atau sakit hati lagi. Saya cuba mengerti. Cuba reda sepenuh hati. Kerana selama ini, tugas saya pada abang adalah setia mencintai. Abang bagi saya tempat berteduh dan berlindung, beri saya makan dan pakai, beri saya secebis kasih sayang, semua itu dah lebih dari cukup. Saya tak layak minta lebih dari itu.
Salam sayang.
Isterimu."

Lelaki itu menahan sebak di dada. Rasa bersalah menguasai jiwa. Lantas diambil kunci kereta. Mahu pulang segera ke kampung mertuanya.
***
Di kampung, bekas isteri sakit kritikal dalam perut.
Rupanya barah rahim.
Jadi rahsia selama ini.

Antara dia dengan ayahanda tercintanya.
Bertarung dengan nyawanya sendiri. Sudahlah hati robek dilukai, sakit ditanggung tidak terperi. Pengorbanan demi pengorbanan hati. Dilupa dan diluka jiwa dan raga. Telan walaupun tahu penantiannya tidak berbalas. Sia-sia.

Sudahnya, ayah tua itu menitiskan air mata di sisi anaknya.
Tanpa daya upaya.
Dalam penglihatan isteri, wajah suaminya muncul dalam samar dan kelabu. Cuba mengukir sebuah senyuman.
Hatinya bersenandung lemah.

"Aku doa kau bahagia tanpaku...selamanya."
Suaminya meriba sekujur jasad yang diam bisu. Pernah setia padanya di suatu sudut waktu.

Sebuah karya: Muhammad rusydi Paling Panas
Kisah Banduan Tali Gantung Menghadapi Hari Terakhir, Sangat Meruntun Hati.

Kisah Banduan Tali Gantung Menghadapi Hari Terakhir, Sangat Meruntun Hati.

taligantungg

Saat diumumkan oleh hakim mahkamah atas jatuhnya hukum ke tali gantung, kita sebagai hamba Allah sudah pasti akan merasai takut. Takut kerana mati hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ikuti satu tazkirah ringkas tentang taubat banduan akhir oleh Ustaz Wadi Annuar.

Antara manusia yang tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.

- Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”.

-  Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.

- Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

- Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya diketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.

- Nama biliknya “Sel akhir”.

- Katankanlah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.

- Waktu Hakim baca : “maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini diantara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi.”

rantai

- Ianya mesti prosedurnya begitu.

- Kalau hukumana dibaca hari Ahad, jumaat dijatuhkan hukuman.

- Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

- Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan.., lutut dia dah tak boleh berdiri dah.

- Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja.

- Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.

- Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang-seorang.

- Diketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.

- Sentiasa membaca Al-Quran.

- Bila ustaz Agama yang pergi disitu, majlis percakapan & nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.

“Saya banyak dosa ustaz”

“Saya tinggalkan tanggungjawab saya.”

“Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz”.

- Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah… sembahyang.

- Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pada Allah SWT.

- Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok jumaat pagi dia akan digantung.

- Malam itu kita nak tidur lagi tuan²? Tak tidur dah.

- Manusia yang tahu ajal nya , dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan

- Sebab itu diantara rahmat Allah yang Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.

- Kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.

- Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpada saya dan kita semua.

- Bandua akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua.

- Sebab dia tau untuk bertaubat bila.

- Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.

- Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT.

- Tak tau bila nak mati.

- Maka baduan akhir ini pada malam jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untnk mengaku dihadapan Allah.

“Ya Allah aku berdosa dihadapan Mu yaAllah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu yaAllah! YaAllah ampunilah dosa aku yaAllah!!”.

- Maka datang daripada seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Untung dia.

- Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan untuk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .

- Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.

- Tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.

- Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur.

- Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selapas dia solat subuh, hukumannya MESTI diantara jam 6 hingga 7 pagi.

- Maka BENARLAH apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.

- Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.

- Itu Rahsia Allah.

- Ya... benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

- Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dengan ahli keluarganya.

- Tuan² bagi peluang bercakap dengan ahli keluarga tak ada ungkapan yang akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.

- Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi??.

- Nak suruh jaga pokok bunga yang ayah tanam?

- Tak ada apa yang boleh dipesan diketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja ;

“Maafkan ayah…Maafkan ayah”.

- Bila peluk isteri ,, “Maafkan abg, Maafkan abg”. Itu sahaja.

- Nak kemaafan sahaja disaat² akhir ini.

- Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.

ALLAH merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dengan Allah SWT.

Inilah Alasan Rasulullah Melarang Kita Mencabut Uban.


Hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Uban adalah cahaya bg seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban—walaupun sehelai—dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan derajatnya,” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah, yg lebih dikenali dengan Ibnu Hibban, dlm kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yg menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yg dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat, “(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan).

Selalu ada yg tak pernah terpikirkan oleh akal biasa kita sebagai manusia yg hidup di zaman penuh teknologi kita melibatkan hampir semua perintah Rasulullah yg menyangkut ilmu pengerahuan. Misalnya saja, larangan seorang Muslim yang tidak boleh minum sambil berdiri. Atau harus tidak dengan kedudukan tertentu. Begitu juga dengan keajaiban yang tersimpan di setiap helai rambut yang sudah memutih, alias uban.

Nah, di tahun 2012, Ismael Galvan Galvan dari Museo Nacional de Ciencias Naturales, Sepanyol melakukan kajian, mengenai uban. Dari hasil para penyelidik itu, ternyata uban merupakan tanda anda akan mempunyai hidup panjang dan sihat. Namun kabar buruk bagi anda yg mempunyai rambut merah, kerana ini berkaitan tahap yg lebih tinggi untuk menghidap kanser.

“Pada manusia, melanin kulit, rambut dan bulu merupakan jenis yg sama. Hal ini menghadkan pengetahuan tentang kesan fisiologi pigmentasi, “kata Galvan.

Uban menandakan ketiadaan melanin. Artinya, uban merupakan tanda hidup yg sihat.

“Jauh dari tanda berkaitan penuaan, uban menunjukkan keadaan yg baik,” katanya. Jadi, anda sudah berubah? Subhanallah.

Sumber: inspirasipagi.tk

Kategori

Kategori